Pandikar Amin Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran TYT Pulau Pinang

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) mendahului senarai 1,085 penerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan negeri sempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Isnin.

Pandikar Amin, 58, adalah penerima tunggal Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN), yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Menurut senarai yang dikeluarkan unit Dewan Undangan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini, empat individu menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN), yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Muhamad Zabidi Zainal, Pengarah Urusan IGB Bhd, Robert Tan Chun Meng, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Profesor Datuk Dr Md Salleh Yaapar serta tokoh korporat Datuk Seri H'ng Bok San.

Enam penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN), yang membawa gelaran Datuk Seri, ialah Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Arfah Abdul Razak serta anggota Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Jamaludin Hasan.

Turut menerima anugerah itu ialah konduktor orkestra Datuk Ooi Chean See, pengasas Kumpulan Syarikat R.A, Datuk R.Arunasalam dan anggota panel Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur Datuk Shaik Daud Md Ismail.

Seramai 12 individu menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN), yang membawa gelaran Datuk, iaitu Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan Fook Sing, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaki Md Yasin dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon.

Pengarah Urusan Thye Huat Chan Sdn Bhd., Datuk Ng Tee Soo, Pengarah Pentell Marketing Sdn Bhd., Datuk Tan Gin Soon, Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ong Poh Eng.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman, Pengerusi Eksekutif Kumpulan SAA Resources Sdn Bhd., Datuk Shaik Aqmal Shaik Alaudin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Seramai 68 individu menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk, antaranya Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Abang Iskandar Abang Hashim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin.

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Operasi) Ahmad Zakaria Mohamad Sidek dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Roshida Hassan.

Selain itu, 60 individu menerima Darjah Johan Negeri (DJN), Bintang Cemerlang Negeri (BCN) (39 orang), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (165), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (413), Pingat Jasa Masyarakat (PJM) (235) dan Pingat Bakti Setia (PBS) seramai 82 orang.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri itu akan berlangsung di Dewan Sri Pinang.

Sebelum ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Law Choo Kiang mengumumkan majlis sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, yang dijadual pada 13 Julai lepas, ditunda sehingga Isnin bagi menghormati bulan Ramadan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan