Malaysia Sedia Kongsi Pengetahuan Dengan Afrika Selatan Laksana Program Transformasi - PM

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan Afrika Selatan untuk melaksanakan program transformasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma di sini, pada Isnin, Najib berkata Presiden Zuma telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) (di Jabatan Perdana Menteri), dengan penekanan terhadap pelaksanaan program berkenaan.

"Afrika Selatan berminat untuk melihat bagaimana kita melaksanakan program transformasi kita. Beliau menjemput Datuk Seri Idris Jala untuk membuat pembentangan lengkap kepada Kerajaan Afrika Selatan tidak lama lagi," kata Najib.

Idris Jala merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu.

Perdana Menteri berkata Malaysia sensitif pada keperluan Afrika Selatan, terutamanya dalam memastikan majoriti rakyat di sana mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi.

"Isu-isu yang dibangkitkan oleh Presiden Zuma dari segi tindakan afirmatif, mewujudkan peluang pekerjaan, memerangi jenayah adalah isu-isu biasa dengan kita. Kita bersedia untuk menyumbang pengalaman kita," kata beliau.

Najib berkata terdapat peluang perniagaan yang besar bagi syarikat-syarikat tempatan di Afrika Selatan, khususnya dalam bidang pembangunan infrastruktur, penjanaan kuasa serta pembangunan lapangan terbang dan pelabuhan.

"Syarikat-syarikat Malaysia bersedia untuk mengambil bahagian dalam pembangunan infrastruktur di Afrika Selatan, bergantung kepada terma dan syarat yang ditawarkan kepada mereka.

"Kita juga ingin melihat masa depan pelaburan kita di Afrika Selatan terutamanya Petronas," katanya.

Sementara itu, Zuma berkata selain bidang tenaga, negaranya memberi penekanan kepada usaha mengembangkan sektor perkilangan.

Beliau juga menyatakan bahawa menteri-menteri dalam rombongan beliau mencari jalan untuk meningkatkan hubungan perdagangan dengan Malaysia.

Ketika ditanya mengenai imbangan dagangan semasa antara kedua-dua negara-negara yang kini memihak kepada Malaysia, Najib berkata: "Kita perlu membenarkan kuasa pasaran memainkan peranan mereka dan kerajaan akan menggalakkan mereka untuk terus meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara."

Beliau berkata Malaysia tidak dapat menentukan sama ada imbangan dagangan akan menguntungkan negara atau rakan dagang tetapi apa yang lebih penting adalah dagangan keseluruhan bagi negara.

"Pada masa ini, perdagangan kita dengan Afrika Selatan memihak kepada kita, tetapi kita juga mempunyai imbangan dagangan dengan negara-negara lain yang tidak memihak kepada Malaysia tetapi selagi keseluruhan imbangan dagangan masih dalam lingkungan positif, kami gembira dengannya, "katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan