Malaysia Gesa PBB Siasat Penggunaan Senjata Kimia Di Syria

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat laporan yang mendakwa wujud penggunaan senjata kimia, yang menyebabkan kematian dan kecederaan di Syria Rabu lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menyeru pihak yang terbabit agar memberi akses serta pelindungan keselamatan kepada pasukan pakar kimia PBB untuk menjalankan tugas mereka.

"Malaysia amat prihatin terhadap laporan itu dan mengutuk tindakan berkenaan, sekiranya dibuktikan benar.

"Ini kerana ia jelas melanggari undang-undang antarabangsa dan mendesak agar mereka yang bertanggungjawab ke atas tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Media antarabangsa melaporkan satu serangan yang menggunakan senjata kimia berlaku di daerah Ghouta berdekatan Damsyik pada Rabu lepas, yang menyebabkan kematian beratus rakyat Syria serta mencederakan ramai lagi penduduk. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan