JPJ Tambah Anggota Lakukan Penyamaran Pada Musim Perayaan

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambah bilangan anggota penguatkuasanya bagi melakukan operasi penyamaran pada musim perayaan akan datang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata melalui operasi penyamaran sebagai penumpang bas dan orang awam di jalan raya yang dimulakan sejak tahun lepas telah menunjukkan kadar penurunan kemalangan.

"Untuk musim perayaan Aidilfitri dan Tahun Baru Cina tahun hadapan penguatkuasaan akan ditingkatkan sehingga 250 orang bagi setiap operasi sepanjang 18 hari Ops perayaan berbanding 125 orang anggota pada tahun lepas," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di sini Isnin.

Beliau berkata pendekatan ini dilakukan selepas dilihat terdapatnya penurunan kemalangan dari 17,937 tahun lepas kepada 17,831 tahun ini namun berlaku peningkatan dalam kematian ekoran kemalangan iaitu 243 tahun lepas dan 292 tahun ini.

Memandangkan dalam kemalangan maut penyumbang terbesar melibatkan motosikal iaitu 63 peratus, maka JPJ berhasrat mendapatkan kerjasama ahli skuad Muda 1 JPJ yang dijangka mencecah 300,000 untuk menjadi role model dan duta keselamatan jalan raya kepada pengguna motosikal, katanya.

Ismail berkata JPJ juga akan menempatkan anggota-anggotanya secara statik di setiap 50 km perjalanan di laluan-laluan utama balik kampung khususnya di Jalan Persekutuan dan negeri berbanding menempatkan 750 anggota di 72 kawasan kemalangan pada tahun ini.

Bagi operasi penyamaran sebagai penumpang bas untuk tahun ini sebanyak 454 bas telah dinaiki dan 56 pemandu telah diambil tindakan membabitkan 74 kesalahan di bawah tujuh kesalahan utama.

Kesalahan utama itu termasuk tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi arahan lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memotong barisan (Q) dan memandu di lorong kecemasan, katanya.

"JPJ telah menempatkan 125 anggota berpakaian biasa di lokasi strategik dan kerap kemalangan bagi merakam kesalahan secara bergambar, tumpuan telah diberikan kepada tujuh kesalahan utama dan hasilnya sebanyak 9,261 kesalahan lalu lintas telah dirakam," katanya.

Katanya jumlah saman yang dikeluarkan JPJ dalam Ops tahun ini telah meningkat kepada 18,284 berbanding 10,128 tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan