Ezam Mohd Nor Angkat Sumpah Jawatan Senator Penggal Kedua

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mohamad Ezam Mohd Nor pada Isnin mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini bagi penggal kedua.

Upacara angkat sumpah disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Kali pertama Ezam, 46, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei 2010.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ezam keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008.

Ezam ketika ditemui berkata beliau akan membawa isu mempertahankan negara daripada agenda jahat zionis pada sesi Dewan Negara. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan