Ali Rustam Bakal Dilantik Senator

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Ali Rustam
Mohd Ali Rustam

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai Senator sekaligus memberinya laluan untuk menyertai kerajaan Persekutuan.

Pelantikan itu mencetuskan spekulasi bahawa Mohd Ali akan mengemudi Permodalan Nasional Berhad atau berkemungkinan dilantik sebagai Menteri atau penasihat khas di Jabatan Perdana Menteri.

Namun Mohd Ali enggan mengesahkan mengenai pelantikan tersebut.

Ketika ditanya The Star Online sama ada beliau menerima surat pelantikan tersebut, Mohd Ali berkata: 'Sila semak dengan pejabat Ketua Menteri Melaka."

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan di Melaka berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk menawarkan Mohd Ali jawatan Senator.

"Mohd Ali telah bekerja keras untuk membangunkan Melaka. Beliau meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia.

"Di samping itu, beliau juga berpengalaman sebagai pentadbir dan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan," katanya.

Menurut seorang pemimpin Umno Melaka, Mohd Ali, yang tewas di kerusi Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu menerima surat yang memaklumkannya mengenai pelantikan sebagai Senator.

Beliau berkata sekiranya Mohd Ali dilantik sebagai menteri, ia merupakan buat julung kalinya selepas 20 tahun seorang ahli politik dari Melaka di lantik dalam barisan Kabinet.

Selepas Allahyarham Tun Ghafar Baba meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993, pemimpin Umno itu berkata tiada mana-mana pemimpin dari Melaka dalam senarai barisan Kabinet.

"Sudah agak lama, Melaka tidak mempunyai wakil pemimpin di peringkat Persekutuan," katanya.

Mohd Ali, yang memegang jawatan Ketua Menteri Melaka sejak 1999 hingga 2013, berhasrat untuk menyertai kerajaan Persekutuan apabila bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU-13, Mei lalu tetapi impiannya berkecai selepas tewas kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sejak itu, Mohd Ali sentiasa mengambil sikap berdiam diri walaupun memberi bayangan awal dalam temu bual baru-baru ini bahawa beliau mungkin bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Sehingga hari ini, Mohd Ali tidak mendedahkan jawatan yang akan ditandinginya nanti.

Hanya Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan mereka akan mempertahankan jawatan tersebut.

Pada minggu lalu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang juga Pengerusi Felda mengumumkan akan merebut jawatan Naib Presiden Umno.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan