52 Wanita Jadi Ahli Lembaga Pengarah, Lepasi Sasaran KPWKM – Rohani - Berita Semasa | mStar

52 Wanita Jadi Ahli Lembaga Pengarah, Lepasi Sasaran KPWKM – Rohani

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 52 wanita menjadi ahli lembaga pengarah pada tahun ini, melepasi sasaran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) iaitu 20 orang bagi menduduki jawatan itu.

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, perangkaan daripada Bursa Saham itu menunjukkan pencapaian sebanyak 260 peratus dalam Program Pengarah Wanita yang dilaksanakan menerusi agensi di bawah kementerian iaitu Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW).

“Ia selari dengan KPI (Penunjuk Prestasi Utama) bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus wanita berada di peringkat membuat keputusan dalam sektor korporat menjelang 2016.

“Ia juga ke arah memenuhi saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang mahukan sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai ahli lembaga pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Pengarah Wanita anjuran NIEW di sini, Isnin.

Rohani berkata, Program Pengarah Wanita melatih wanita supaya berpotensi dan layak menjawat jawatan ahli lembaga pengarah dan seramai 485 wanita sudah dilatih sejak ia diperkenalkan pada tahun lalu.

“Bagi memupuk kesedaran mengenai Program Pengarah Wanita, beberapa siri jelajah dilakukan di bandar-bandar utama dan pada hari ini di Kuala Lumpur.

“Peserta yang telah dilatih akan didaftarkan dalam daftar lembaga pengarah bagi membolehkan mana-mana syarikat untuk mengambil mereka yang bersesuaian sebagai ahli lembaga pengarah,” katanya.

Beliau menambah, mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan ahli lembaga pengarah wanita, boleh merujuk laman web di www.wcdregistry.com.

Sementara itu, Rohani turut menyarankan kepada semua usahawan wanita supaya mewujudkan lebih banyak syarikat bagi memperluaskan peluang kepada golongan wanita untuk menduduki jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

“Jika anda (usahawan wanita) mempunyai lebih banyak syarikat, secara semula jadi sudah tentu lebih ramai wanita yang akan menyertai lembaga pengarah. Ini kerana ia adalah syarikat (milik) wanita,” katanya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan