1,056 Pelajar Dibawa Pulang Sebelum Jumaat

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seramai 1,056 lagi pelajar Malaysia di Mesir akan diterbangkan pulang sebelum Jumaat demi keselamatan mereka kerana difahamkan ada beberapa perancangan demonstrasi besar pada hari berkenaan, menurut Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Setakat hari ini seramai 1,328 pelajar selamat dihantar pulang menerusi Ops Piramid 2.

Kebanyakan mereka ialah dari kawasan panas Mesir yang sedang bergolak iaitu dari luar Kaherah dan Iskandariah.

"Kawasan panas yang dimaksudkan ialah di Tanta (pelajar di situ) akan diterbangkan hari ini, di Mansoura esok dan Zagazig pada 28 Ogos," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, Isnin.

Dilaporkan sebelum ini terdapat 3,300 pelajar Malaysia di Mesir dan kerajaan telah memutuskan untuk menerbangkan mereka pulang secara sukarela ke tanah air menggunakan pesawat komersial berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan