Presiden Afrika Selatan Mula Lawatan Rasmi Tiga Hari Ke Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 25 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Afrika Selatan Jacob Gedleyihlekisa Zuma memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bagi mempertingkat hubungan erat antara kedua-dua negara dalam pelbagai sektor.

Zuma, yang dilantik sebagai Presiden Afrika Selatan pada 2009, yang diiringi isterinya, Nompumelelo Ntuli-Zuma, mengetuai rombongan yang terdiri daripada tujuh menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan, menurut kenyataan akbar Kementerian Luar, Sabtu.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya Isnin ini diikuti mesyuarat dua hala.

Zuma juga dijadual menghadiri majlis makan malam rasmi yang dihoskan Najib bagi merai lawatan beliau pada sebelah malam. Menurut kenyataan itu, Zuma dijadual menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-Afrika Selatan.

Zuma juga akan menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Kemanusiaan daripada Universiti LimKokWing serta Anugerah 'Lifetime Campaigner for Global Peace Award' bagi pihak bekas Presiden Nelson Mandela daripada Yayasan Keamanan Global Mahathir.

Sementara itu, isterinya, Ntuli-Zuma dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan melawat Permata Pintar. Zuma pernah melawat Malaysia pada 1999 dan 2002 bagi menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi.

Pada 2003, beliau menyertai Persidangan Keamanan Dunia semasa menjadi Timbalan Presiden Afrika Selatan.

Kenyataan itu juga menyebut, lawatan kali keempat ke Malaysia jelas mencerminkan hubungan dua hala yang baik dan erat antara kedua-dua negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan