Keselamatan Di Kawasan Esszone Sudah Pulih - Perisikan Esscom

Diterbitkan: Ahad, 25 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Keadaan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) sudah kembali seperti sedia kala, kata Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Ahmad Nadzer Nordin.

Bagaimanapun katanya anggota keselamatan daripada pelbagai agensi termasuk tentera, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak mengambil mudah keadaan itu dan sentiasa melakukan pemantauan.

"Saya didatangi dua pegawai tinggi kedutaan Kanada dan Australia baru-baru ini yang ingin mengetahui situasi sebenar keselamatan di Sabah terutama di kawasan pantai timur.

"Saya maklumkan kepada mereka bahawa situasi sudah kembali normal walaupun keadaan terus dipantau," katanya semasa menjawap soalan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Rakan Komuniti Sabah (Pacos Trust) Anne Lasimbang pada forum terbuka sempena Bengkel Pembinaan Keupayaan Pemimpin Kampung Pulau Sebatik, Sabtu.

Program sehari anjuran Yayasan Asia, Pacos Trust dan Persatuan Komuniti Tidung Tawau (Pakot) itu antara lain membincangkan isu dan cabaran keselamatan di Pulau Sebatik.

Pada forum itu, Anne bertanya mengenai kebimbangan penuntut Australia berhubung situasi keselamatan di Sabah, khususnya di kawasan pantai timur negeri itu, selepas Australia mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyatnya berikutan pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, 12 Februari lepas.

Ahmad Nadzer berkata kedutaan asing di negara ini juga telah dimaklumkan mengenai situasi sebenar di Esszone.

Mengenai pendekatan Malaysia menyelesaikan insiden pencerobohan pengganas itu di Sabah, beliau berkata Malaysia mendapat banyak pujian daripada negara luar kerana berjaya menyelesaikan kes itu secara bertamadun.

Saki-baki pengganas dan mereka yang disyaki ada kaitan dengan pencerobohan itu telah diberkas dan segera dihadapkan ke mahkamah untuk diadili dan mereka dibenar melantik peguam masing-masing, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan