Kes Altantuya Harus Dikembalikan Ke Mahkamah Tinggi Untuk Perbicaraan Semula - Abdul Khalid - Berita Semasa | mStar

Kes Altantuya Harus Dikembalikan Ke Mahkamah Tinggi Untuk Perbicaraan Semula - Abdul Khalid

Diterbitkan: Ahad, 25 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT KLANG: Mahkamah Rayuan sepatutnya mengembalikan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan semula.

Pandangan peribadi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu adalah selari dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang juga berpendapat bahawa perbicaraan semula adalah lebih sesuai.

"Jika Mahkamah Rayuan mendapati proses itu tidak betul, mereka boleh mengambil langkah yang lebih pro-aktif dengan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi," kata Khalid kepada pemberita di majlis rumah terbuka Hari Raya Port Klang, Ahad. Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya.

Panel tiga hakim sebulat suara mengenepikan hukuman mati yang dikenakan ke atas mereka oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2009.

Zaid dilaporkan berkata bahawa jika perbicaraan semula diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan, ia akan membolehkan kedua-dua pihak melihat semula kes itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan