Keadaan Sanjeevan Tidak Membahayakan - Bapa

Diterbitkan: Ahad, 25 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

R.Sri Sanjeevan
R.Sri Sanjeevan

PETALING JAYA: Keadaan kesihatan Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan tidak membahayakan tetapi beliau masih tidak dapat berkomunikasi.

Bapanya, P. Ramakrishnan berkata Sanjeevan boleh menggerakkan mata tetapi tidak boleh bercakap atau memberi isyarat kerana mempunyai tiub di mulut dan diberikan ubat pelali.

"Doktor berkata beliau telah mengalami beberapa trauma yang boleh menyebabkan beliau tidak ingat perkara-perkara tertentu.

"Saya tidak tahu bila beliau akan dapat bercakap dengan saya. Tetapi beliau bertambah baik dan itu yang saya sedang fikirkan sekarang," katanya, sambil menambah Sanjeevan telah diberi susu sebagai makanan melalui tiub.

Sanjeevan, yang mengetuai kumpulan badan pemantau anti-jenayah MyWatch, ditembak oleh seseorang yang menunggang pembonceng motosikal di Bahau, Negeri Sembilan, pada 27 Julai.

Doktor berjaya mengeluarkan peluru 18 hari selepas beliau ditembak.

Beliau sebelum ini telah mempunyai darah beku di jantung dan paru-parunya.

Peluru itu telah dihantar ke jabatan forensik di Cheras manakala Sanjeevan masih berada di unit rawatan rapi di Hospital Serdang.

Ramakrishnan mendakwa bahawa pegawai polis Negeri Sembilan masih menunggu di sekitar wad anaknya.

"Saya hanya mendapat tahu beberapa hari lalu bahawa beberapa anggota polis dari sana telah menemubual doktor-doktor di sini tentang anak saya," katanya.

Ramakrishnan berkata, beliau telah diberi jaminan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Hadi Ho Abdullah bahawa Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kejadian tembak Sanjeevan dari polis Negri Sembilan.

Ini berlaku selepas Ramakrishnan membuat laporan polis menuntut supaya polis Negeri Sembilan tidak terlibat dalam siasatan kes tembak anaknya.

Beliau mendakwa mempunyai sebab untuk percaya bahawa beberapa anggota polis dari negeri ini terlibat dalam cubaan membunuh Sanjeevan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan