TPM Beri Jaminan Kerajaan Pusat Akan Bantu Kedah Jadi Negeri Maju

Diterbitkan: Sabtu, 24 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa kerajaan Pusat akan memberi sokongan dan bantuan bagi memastikan negeri Kedah terus maju.

Katanya walaupun Kedah merupakan sebuah negeri Jelapang Padi, tetapi negeri ini masih mempunyai banyak sumber yang boleh dimaju dan dibangunkan.

"Menteri Besar Kedah (Datuk Mukhriz Tun Mahathir) sebagai bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sudah tentu meletakkan antara agendanya menarik lebih ramai pelabur ke Kedah," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Umno Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata sewaktu lawatannya ke Thailand pada Khamis dan semalam, beliau mengajak Mukhriz dan Menteri Besar Perlis Azlan Man untuk turut serta dalam meninjau potensi memajukan kawasan sempadan sebagai koridor pembangunan ekonomi yang utama.

Beliau berkata keyakinan rakyat Kedah dan pengundi dengan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lepas, merupakan suatu amanah besar yang diberikan kepada kerajaan BN Kedah.

"Rakyat Kedah mahu melihat sebuah negeri maju dan negeri yang cukup pesat membangun, serta dapat beri nikmat dan faedah kepada segenap lapisan masyarakat. "Assprasi dan harapan mereka (rakyat) kita tidak akan ketepikan malah akan menjadi agenda utama," katanya.

Katanya BN Kedah mempunyai asas pengalaman lama yang banyak dalam mentadbir Kedah sebelum kalah pada pilihan raya umum 2008 dan harapan yang diberikan kali ini bukan setakat Kedah kekal seperti sedia ada tetapi mahu lihat Kedah sama tara dengan negeri-negeri lain.

Hadir sama pada majlis itu adalah isteri Muhyiddin Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Mukhriz, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Azlan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek dan Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.

Muhyiddin hari ini mengadakan lawatan sehari ke Kedah. Beliau tiba di sini kira-kira 11 pagi tadi dari Bangkok, Thailand selepas mengakhiri lawatan di negara jiran itu.

Majlis pertama beliau adalah merasmikan Hari Koperasi Negara 2013 di Dataran Bandar Darul Aman, Jitra. Selepas majlis jamuan Aidilfitri Umno Kedah itu, beliau kemudian melawat bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Sultanah Bahiyah di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan