Najib Ajak Rakyat Kongsi Pandangan Dan Idea Bajet 2014

Diterbitkan: Sabtu, 24 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat berkongsi pandangan serta idea dalam Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan pada 25 Oktober ini.

Najib membuat pelawaan tersebut melalui blog www.1malaysia.com dan melalui laman twitternya.

"Saya mengalu-alukan pandangan anda untuk #Bajet2014. Sila ikuti laman blog saya untuk keterangan lanjut http://bit.ly/Bajet2014, "katanya dalam satu tweet.

Dalam entri blognya yang bertajuk "#Bajet2014: Idea Anda Berharga", Najib berkata satu platform untuk rakyat mengemukakan pandangan tentang Bajet 2014 akan disediakan.

"Pada 26 Ogos, kami akan menyediakan satu platform untuk rakyat supaya dapat bersama dan berkongsi pandangan mereka tentang Bajet 2014.

"Perbincangan ini akan tertumpu pada beberapa topik, termasuk kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, penjagaan kesihatan, keselamatan awam dan beberapa isu lain yang dekat di hati rakyat. "Kami akan terus mengumpul saranan dan maklum balas anda sehingga 8 September, dan setelah itu ia akan dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan," katanya.

Najib seterusnya berkata sebagai kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, beliau percaya bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dalam menentukan hala tuju kemajuan negara pada tahun hadapan.

"Iltizam mereka jelas terlihat melalui sambutan dan maklum balas yang kami terima sebelum kami mengemukakan peruntukan kewangan setiap tahun.

"Sambutan ini kelihatan paling ketara pada tahun lepas, apabila kami menerima lebih 2,500 maklum balas dan saranan dari pelbagai platform dan laman media sosial. Katanya dalam keadaan ekonomi dunia masa kini, bermakna lebih penting untuk mengemukakan belanjawan yang berwawasan tetapi pada masa yang sama munasabah, yang akan dapat menentukan hala tuju dan kepesatan pembangunan negara.

"Ini merupakan satu cabaran tetapi saya percaya dengan bekerjasama sebagai sebuah negara, kita akan dapat mencapai hasil yang terbaik. "Untuk mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi, kami memerlukan peranan setiap masyarakat. Saya akan menunggu idea-idea anda dengan penuh minat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan