Mempertahankan Hak Bumiputera Sarawak, Dasar Utama PBB

Diterbitkan: Sabtu, 24 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak, masih kuat dalam mempertahankan hak bumiputera di negeri ini, kata Naib Presiden Kanan Tan Sri Adenan Satem.

Justeru itu, beliau berkata tidak perlu parti komponen BN dari luar Sarawak mengambil alih peranan PBB dan ini terbukti melalui keputusan pilihan raya negeri, yang lalu.

BN Sarawak memenangi 35 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.

Adenan, yang juga Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak berkata kerjasama PBB dalam BN patut diteruskan serta BN boleh bergantung kepada parti itu dalam menyampaikan kebaikannya kepada negeri ini.

Beliau berkata PPB juga akan terus membantu rakan-rakannya dalam komponen BN untuk cemerlang dalam pilihan raya, seperti yang dilakukannya dalam membantu calon BN dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) untuk memenangi kerusi Saratokm, pada pilihan raya Umum ke-13 yang lalu.

Adenan berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan PBB Kali ke-3 bagi bahagian Bawang Assan, Pelawan, Dudong, Bukit Assek dan Nangka, di sini hari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan