Mat Taib Kekal Sebagai Ahli Mubarak Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 24 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih kekal keahliannya dalam Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor.

Yang Dipertuanya Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan majlis tersebut yang menyebut keahlian seseorang ahli Mubarak akan terlucut sekiranya ahlinya menyertai pembangkang.

"Tidak ada peruntukan perlembagaan majlis yang menyebut jika seseorang ahli Mubarak itu menyertai pembangkang dia boleh dipecat dan atau keahliannya terlucut, jadi tidak timbul soal beliau masih ahli atau tidak," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Bagaimanapun beliau dan Mubarak Selangor tetap rasa kesal terhadap tindakan Muhammad yang menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei lalu.

Sebelum ini, majlis berkenaan dikatakan berhak menggugurkan keahlian Muhammad jika perkara itu dikemukakan Mubarak Selangor kepada pusat.

Abu Hassan berharap dengan penjelasan tersebut, mana mana pihak tidak lagi mempersoalkan tentang status keahlian Muhammad dalam majlis berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan