Idris Jumpa NGO Bincang Isu PTPTN Rabu Ini

Diterbitkan: Sabtu, 24 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh akan mengadakan pertemuan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO)Rabu ini di Kuala Lumpur untuk membincangkan kaedah sesuai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman.

Beliau berkata pertemuan itu untuk mendapatkan pendapat dan cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak PTPTN bagi memastikan peminjam yang berdepan kesukaran untuk membayar balik pinjaman mendapat keadilan dan tidak teraniaya.

"Ini pertemuan yang pertama, kita akan buka lagi banyak pertemuan termasuk dengan kumpulan peminjam untuk mengetahui apa masalah mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan pembiayaan (WPP) di sini, Sabtu.

Menurutnya pihak PTPTN sebenarnya bersikap terbuka dan bersedia berbincang dengan peminjam untuk membayar balik pinjaman mengikut kemampuan mereka.

Katanya kerajaan tetap akan mengekalkan PTPTN dalam memastikan pendemokrasian pendidikan sekali gus membantu semua golongan rakyat mendapat peluang untuk belajar.

"Walaupun ada sesetengah negara maju yang melaksanakan dasar pendidikan percuma, namun mereka mengenakan kadar cukai yang tinggi iaitu sekitar 40 ke 45 peratus dan di Malaysia kita hanya mengenakan cukai 24 ke 25 peratus," katanya.

Katanya sejak 16 tahun lalu PTPTN telahpun menyalurkan kira-kira RM50.52 bilion untuk membiayai pendidikan kira-kira 2.24 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Selain itu PTPTN turut mengeluarkan sebanyak 644,144 waran WPP melibatkan peruntukan tunai sebanyak RM947.62 juta untuk kemasukan ke universiti awam dan swasta, katanya.

"Untuk kemasukan September ini 49,075 pelajar mendapat kemudahan tersebut melibatkan peruntukan RM73.6 juta," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan