Faktor Keselamatan Punca Pelajar Malaysia di Mesir Mahu Segera Pulang Ke Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 24 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelajar Mesir, Muhamad Luqman Abd Helmi, 20, memeluk ibubapanya ketika tiba di rumah rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di Alor Setar pada Jumaat. Seramai 53 pelajar Mesir dari Kedah tiba pada pukul 7.30 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -fotoBERNAMA
Pelajar Mesir, Muhamad Luqman Abd Helmi, 20, memeluk ibubapanya ketika tiba di rumah rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di Alor Setar pada Jumaat. Seramai 53 pelajar Mesir dari Kedah tiba pada pukul 7.30 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Faktor keselamatan berikutan pergolakan di Mesir menjadi punca utama pelajar Malaysia mahu segera pulang walaupun mereka akan menghadapi peperiksaan bulan depan.

Bagi pelajar perubatan tahun tiga Universiti Al-Azhar di Kaherah, Zatil Aqmar Soddri berkata walaupun akan menghadapi peperiksaan 1 Sept ini, beliau tetap mahu pulang ke tanah air memandangkan keadaan yang semakin teruk di sana.

Zatil, 22, berkata beliau berrsama rakannya terpaksa melupakan peperiksaan itu memandangkan keadaan keselamatan yang tidak menentu selain menyukarkan mereka untuk meneruskan pembelajaran di negara bergolak itu.

Katanya Dataran Rabaah iaitu kawasan pergolakan itu sekitar dua kilometer dari tempat penginapan pelajar Malaysia. "Ini kali kedua saya dibawa pulang ke negara ini disebabkan pergolakan itu. Kalau dulu tempat pergolakan jauh dari tempat tinggal dan kali ini agak dekat dan keadaan tak selamat untuk pelajar keluar dari rumah," katanya kepada pemberita ketika tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat.

Anak pertama daripada lima beradik itu berkata ada pelajar Malaysia pernah diacu pistol dan pisau oleh orang yang tidak dikenali kerana mereka terdesak selain kawalan keselamatan yang longgar akibat krisis itu.

"Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang bawa kami balik. Keluarga memang risau keadaan kami masa berada di sana dan mereka sering desak untuk kami balik. Sekarang ini saya rasa saya lebih selamat," katanya.

Zatil berkata mereka juga terpaksa berjimat dan berkongsi makanan kerana bimbang untuk keluar selain arahan perintah berkurung dalam rumah bermula pukul 6 petang hingga 7 pagi.

Pelajar tahun satu jurusan Syariah di universiti sama, Muhammad Luqman Abd Halim, 20, berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan yang mengambil tindakan segera membawa mereka pulang. Katanya keprihatinan kerajaan sewajarnya dipuji dalam usaha memastikan keselamatan pelajar terjamin.

"Pada mulanya saya memang fikir tak mahu balik sebab kuliah baru sahaja nak mula. Bila berhenti pembelajaran mesti dah tak teratur. Lepas tu saya berubah fikiran untuk pulang atas sebab keselamatan diri," katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zin berkata seramai 53 pelajar Kedah antara 409 pelajar Malaysia yang dibawa pulang menerusi Ops Piramid hari ini.

Beliau berkata pelajar tajaan Yayasan Islam Kedah (YIK) di Mesir adalah seramai 1,111 orang dan 390 telah pulang ke negara ini kerana cuti semester sebelum negara itu bergolak.

Daripada 53 pelajar di Universiti Al-Azhar dan Kaherah yang tiba di negara ini, 47 adalah pelajar lelaki dan enam adalah perempuan.

Tajul Urus berkata sebaik tiba di sini, para pelajar berkenaan diberi taklimat oleh doktor mengenai 'Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus' (MERS-CoV) dan jika terdapat simptom virus itu mereka perlu mendapat rawatan segera di hospital berdekatan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan