Tragedi Genting: Tiada Kenyataan Daripada Syarikat Pengendali Bas

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini oleh syarikat bas yang mengendalikan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands mengenai kemalangan yang meragut 37 nyawa membabitkan bas mereka di Genting Highlands petang Rabu.

Bernama yang cuba menghubungi pihak pengurusan syarikat itu sejak pagi gagal mendapatkan sebarang komen sehingga pukul 5.30 petang ini.

Kakitangan yang menjawab panggilan wartawan asyik memberi alasan pihak pengurusan sedang bermesyuarat manakala panggilan terakhir pada 5.35 petang dijawab dengan alasan para pegawai sudah pulang.

Bagaimanapun, kakitangan berkenaan mengakui bas yang terlibat dalam kemalangan itu adalah milik syarikat itu yang beribu pejabat di Jalan Segambut di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.22 petang semalam, 37 penumpang maut manakala 16 cedera parah selepas bas ulang-alik yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di Km3.5 Jalan Genting Highlands.

Resorts World Genting, pemilik pusat peranginan di Genting Highlands, dalam kenyataannya semalam menjelaskan bahawa bas terbabit adalah pengangkutan awam yang berulang alik membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke pusat peranginan itu setiap hari.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata persatuan itu dimaklumkan oleh pengurusan syarikat bas itu bahawa syarikat itu akan memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa relevan.

"Kami (persatuan) dalam industri bas benar-benar terkejut dan sedih dengan banyaknya nyawa yang terkorban. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan orang tersayang kepada mangsa yang maut.

"PMBOA telah dimaklumkan oleh pengurusan syarikat bas itu bahawa mereka akan lakukan apa yang termampu untuk membantu keluarga mangsa yang terkorban dan yang cedera," katanya dalam kenyataan kepada Bernama. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan