Timbalan Menteri Kecam Laporan Portal Mengenai Menantu Lelaki Kerja Di Kementeriannya

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mengecam laporan berita dalam talian mengenai menantu lelakinya yang bekerja di bawah kementeriannya.

Dengan berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap portal berkenaan, Tajuddin berkata:

"Siapa mereka? Saya tidak perlu melaporkan kepada mereka. Apa yang mereka tahu mengenai pengorbanan yang telah saya lakukan kepada rakyat dan parti sejak 40 tahun lalu? Adakah mereka tahu saya salah seorang yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Ops Lalang pada 1987?."

Tajuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan apabila menantu lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz, bekerja dengan kementeriannya.

Tajuddin mendakwa laporan portal berkenaan tidak mempunyai kredibiliti untuk menyoalnya, kerana mereka lebih berminat untuk agenda yang bermotifkan politik berbanding isu yang berkaitan dengan rakyat.

"Saya tahu mereka menantikan penafian secara terus atau pengakuan bersalah. Saya tidak akan memberi muka kepada mereka kerana saya tidak mahu terlibat sama dalam permainan politik murahan seperti ini," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga menjadi bahan berita apabila didakwa menggaji anak perempuannya, Nur Shahfiza, namun beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri dalam isu berkenaan.

"Maaf....tiada kenyataan," katanya.

Kes melibatkan tokoh politik mengambil ahli keluarga untuk bekerja dengan mereka menjadi perhatian apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz didakwa mengambil anak lelakinya Muhammad Nedim bekerja dengan beliau.

Nazri telah menjelaskan bahawa anak lelakinya tidak dibayar gaji oleh kerajaan sebaliknya hanya bekerja sebagai pembantunya bagi kawasan Parlimen Padang Rengas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata ahli keluarga boleh menawarkan perkhidmatan mereka sebagai sukarelawan, namun mereka tidak boleh menerima gaji atau dibayar elaun kerajaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut meminta penjelasan daripada dua ahli majlisnya kerana mengambil ahli keluarga bekerja di pejabat mereka.

Salah seorangnya iaitu Datuk Abdul Malik Abul Kassim mengaku adik perempuannya telah bekerja di pejabatnya sejak 2008. Bagaimanapun, beliau mendakwa adiknya telah meletakkan jawatannya awal bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti, Chong Eng turut dikecam kerana mengambil anak lelakinya bekerja dengan beliau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan