Terowong SMART Ditutup Berikutan Banjir Kilat Di MRR2

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Trafik bergerak perlahan di sepanjang Jalan Kuching selepas hujan lebat awal pagi Jumaat.
Trafik bergerak perlahan di sepanjang Jalan Kuching selepas hujan lebat awal pagi Jumaat.

PETALING JAYA: Banjir kilat dilaporkan berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu pada pagi Jumaat. Jurucakap Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKLItis) berkata, banjir kilat dilaporkan berlaku di Ulu Klang menuju ke arah Ampang dekat Kampung Pasir.

"Kami menerima laporan mengenai banjir kilat dari pukul 7 pagi daripada orang awam tetapi kita tidak begitu pasti bila banjir mula berlaku," katanya.

Sementara itu, PLUS berkata, Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup untuk membantu mengalihkan air banjir yang berlebihan.

"Tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang maklumat mengenai banjir kilat di lebuh raya kami," kata jurucakap itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan