Syarikat Bas Buat Kenyataan Selepas Siasatan Selesai

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Genting Highlands Transport Sdn Bhd memberi jaminan akan mengeluarkan kenyataan berhubung nahas bas yang mengorbankan 37 nyawa Rabu lepas, sebaik laporan siasatan kemalangan itu selesai dijalankan.

Seorang pekerja yang enggan dikenali dari syarikat pengendali bas itu berkata, kenyataan berhubung kemalangan itu dirasakan tidak sesuai dibuat ketika ini.

"Bukan sekarang...kita tunggu dahulu laporan siasatan pihak berkuasa dan kemudian kami akan beri kenyataan. "Sekarang keadaan tengah kelam kabut..sebab itu kami enggan bercakap tentang perkara ini dengan media," katanya ketika ditemui di pejabat syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bas ulang alik Kuala Lumpur-Genting Highlands, di sini.

Dalam kejadian 2.22 petang itu, 37 orang maut manakala 16 cedera parah selepas bas awam yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di KM3.5 Jalan Genting Highlands. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan