ROS Lulus 20 Permohonan Parti Politik Baru

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) meluluskan permohonan 20 pertubuhan politik baharu daripada 33 yang diterimanya sejak 2008.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Rahman Othman berkata pihaknya akan menyenaraikan semua yang diluluskan pada Khamis depan.

"Pada masa ini ada 20 pertubuhan politik atau parti politik baharu yang telah lengkap diteliti dan dinilai oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ianya lengkap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Aidilfitri ROS di sini, Jumaat. Menurut Abdul Rahman pihaknya menolak permohonan 13 lagi kerana pelbagai faktor termasuk tidak memenuhi syarat dan tidak mempunyai kriteria sebagai pertubuhan politik.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP, beliau berkata ROS masih menunggu perincian daripada DAP.

"Saya tidak boleh cakap lagi kerana saya tidak dapat details lagi daripada mereka dan saya akan jawab semua perkara itu selepas mendapat maklumat lengkap mengenai pemilihan semula itu dari mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan