Produk Tenusu WPC80 Fonterra Ltd Tidak Dieksport Ke Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Produk berasaskan tenusu ' whey protein concentrate' (WPC80) keluaran syarikat Fonterra Ltd dari New Zealand yang disyaki tercemar dengan bakteria ' clostridium botulinum' yang boleh mengakibatkan keracunan, tidak dieksport ke Malaysia.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman berkata pihak berkuasa New Zealand mengesahkan produk 'Nutricia Karicare Stage 1 Infant Formula' dan 'Nutricia Karicare Stage 2 Follow On Formula' hanya dipasarkan di New Zealand.

Dalam kenyataan di sini, hari ini, beliau berkata Danone Dumex (M) Sdn Bhd juga telah menarik balik secara sukarela beberapa kelompok produk susu keluarannya yang disyaki tercemar dengan ' clostridium botulinum' sebagai langkah berjaga-jaga.

Kementerian telah menjalankan pemeriksaan ke atas kilang pemprosesan syarikat itu dan mendapati semua produk keluarannya telah melalui sistem jaminan makanan dan langkah-langkah pengawalan yang berkesan, katanya.

"Semua bahan mentah yang digunakan mempunyai sijil analisis daripada pembekal dan syarikat menjalankan analisis bagi setiap kelompok bahan mentah untuk memastikan ia selamat.

"Dengan itu, semua produk keluaran syarikat itu dibenarkan untuk dijual di pasaran," kata Noraini.

Beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan semua makanan yang dijual di pasaran adalah selamat.

Pengguna yang musykil boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652 atau 03-88833653 atau laman web http:/fsq.moh.gov.my.

Sementara itu, Pengarah Urusan Danone Dumex (M) Sdn Bhd Toni Brendish berkata tindakan menarik balik produknya sebagai langkah berjaga-jaga telah selesai dan ujian tambahan ke atas kelompok produk berkenaan mengesahkan produk adalah selamat. "Saya amat memahami tindakan menarik balik produk sebagai langkah berjaga-jaga amat meresahkan golongan ibu, bapa dan penjaga di Malaysia. Keselamatan pengguna menjadi keutamaan kami lebih-lebih lagi kanak-kanak," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Dalam kenyataan sama, Datuk Dr Zulkifli Ismail, Presiden Persatuan Pediatrik Asia Pasifik berkata langkah berjaga-jaga Danone Dumex menunjukkan komitmen syarikat itu terhadap soal keselamatan dan usaha mengutamakan keselamatan kanak-kanak Malaysia itu patut dipuji. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan