Polis, SPAD Dan JPJ Disaran Adakan Rundingan Cadangan Batal Lesen Memandu Pesalah Trafik

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disaran mengadakan rundingan terperinci mengenai cadangan membatalkan lesen memandu individu yang gagal membayar saman trafik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu perlu dilakukan memandangkan ketiga-tiga agensi itu mempunyai bidang kuasa berbeza.

"Hal perundangan perlu diselaraskan terlebih dahulu untuk menentukan bidang kuasa masing-masing. Menerusi perundingan antara ketiga-tiga agensi itu, sebarang cadangan yang baik boleh diserah kepada penasihat undang-undang agensi berkenaan untuk tujuan kajian semula, menyelaras dan dipinda jika perlu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak di sini Jumaat.

Turut hadir Pengarah JPN Sarawak, Datuk Abu Bakar Mat.

Pada 21 Ogos, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seramai 1.7 juta individu yang disenaraihitam kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan.

Menurut Khalid, tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Op Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan