Pemerhati Mubarak Selangor Datuk Sanat Said Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang pemerhati Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dari Selangor yang menghadiri Perhimpunan Agung ke-10 persatuan itu di sini, meninggal dunia sejurus dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pagi Jumaat.

Yang Dipertua Mubarak Johor, Datuk Jaafar Hamzah berkata, Datuk Sanat Said, 67, yang juga Ahli Jawatankuasa Mubarak Selangor dan bekas Exco kerajaan negeri Selangor sebelum itu dilaporkan mengadu sakit perut kira-kira pukul 10 pagi sebelum dibawa ke hospital oleh pihak hotel.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian kami dimaklumkan beliau telah meninggal dunia akibat sakit di dalam perut," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Menurut Jaafar, Allahyarham yang datang seorang diri ke perhimpunan berkenaan yang berlangsung sejak Rabu lepas sebelum itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda beliau kurang sihat.

"Semalam (Khamis) Allahyarham sempat berbual dengan saya di kafe hotel dan berada dalam keadaan sihat, pemergiannya betul-betul mengejutkan perwakilan-perwakilan Mubarak," katanya yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurutnya, keluarga Allahyarham yang telah dimaklumkan tentang perkara tersebut sudahpun tiba di sini tengah hari Jumaat.

Difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke Selangor petang ini dengan dibantu oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor untuk dikebumikan di sana.

Bagaimanapun, keluarga Allahyarham gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Seramai 1,200 perwakilan dan pemerhati Mubarak berhimpun di sini bermula Rabu lepas bagi menghadiri perhimpunan dan Mesyuarat Agung ke-13 persatuan tersebut yang berakhir malam Khamis dengan Majlis Makan Malam bersama Sultan Johor.

Selain mesyuarat Agung, perhimpunan juga dipenuhi dengan program konvensyen dan wacana ilmu.

Mereka dijadual pulang ke negeri masing-masing pada Jumaat.

Sementara itu, Setiausaha Mubarak Selangor Datuk Samad Maharuddin berkata, Sanat yang mewakili Mubarak Selangor ke mesyuarat itu meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Batu Belah, Kapar, Selangor malam Jumaat, katanya dalam kenyataan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan