Pelantikan Anak Nazri Aziz Tiada Hubung Kait Dengan Perkhidmatan Awam - KSN

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelantikan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai pegawai khas, tidak mempunyai hubung kait dengan perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelantikan yang dibuat itu tidak melalui struktur pentadbiran Kementerian Pelancongan.

"Sebaliknya ia adalah 'arrangement' yang berasingan dan kita tidak luluskan apa-apa pelantikan seperti itu... ia hanyalah jawatan dalam struktur politik," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri kementerian dan jabatan kerajaan di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai isu Mohamed Nazri yang didakwa mengambil anaknya Muhammad Nedim sebagai pegawai khas di kementeriannya.

Mohamed Nazri sebelum ini menjelaskan anak lelakinya hanya bertugas dengan beliau untuk berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak, pelantikan itu adalah tidak rasmi serta tidak dibayar gaji oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata, Menteri Kabinet atau Anggota Parlimen boleh menggunakan anggota keluarga mereka sebagai pembantu khas di kawasan parlimen masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan