Lebih Banyak Pembabitan Perlu Untuk Fahami Sensitiviti Peserta Dalam Rundingan TPP

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para menteri yang terlibat dalam rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bersetuju terhadap perlunya penglibatan yang lebih mendalam bagi memahami sensitiviti antara satu sama lain serta tempoh keluar secara berperingkat-peringkat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata mereka juga bersetuju mengenai perlunya persetujuan yang bermatlamat memudahkan perdagangan.

Mustapa berkata beliau menyatakan mengenai pentingnya akses pasaran bagi Malaysia, terutama untuk tekstil, minyak kelapa sawit, buah-buahan tropika dan produk-produk berasaskan pertanian, pada Mesyuarat Menteri-menteri TPP di Brunei selama dua hari mulai 22 Ogos.

Mesyuarat itu dihadiri kesemua 12 menteri TPP atau wakil.

Beliau berkata mesyuarat itu penting memandangkan ia menyediakan ruang untuk mereka membincangkan hala tuju serta isu-isu tertangguh.

"Para menteri dijangka membentangkan laporan kemajuan kepada pemimpin-pemimpin TPP apabila mereka bertemu di Bali untuk Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dari 7 hingga 8 Oktober.

Mengenai pemerolehan kerajaan, Mustapa berkata, beliau menegaskan bahawa Malaysia menghadapi kesukaran dalam isu itu.

"Saya menekankan bahawa pengecualian bagi perusahaan kecil dan sederhana dan keutamaan kepada Bumiputera, perlu bagi kerajaan meneruskan matlamat pembangunan sosioekonomi dan dasar tindakan yang afirmatif," katanya.

Beliau berkata Malaysia menghadapi kesukaran terhadap cadangan perusahaan milik negara (SOE). yang dilihat menyimpang daripada objektif mewujudkan ruang yang saksama, dan ia menjejaskan SOE Malaysia.

Mengenai hak harta intelek, Mustapa berkata beliau menegaskan mengenai kedudukan Malaysia dalam isu akses kepada perubatan mampu ditanggung.

Menteri itu berkata beliau juga mengambil peluang semasa sesi pleno dan pertemuan dua hala bagi menarik perhatian rakan sejawatannya bahawa kerajaan bersetuju melaksanakan dua analisis manfaat kos tambahan bagi menentukan manfaat sebenar yang akan terakru oleh negara hasil penyertaan dalam TPP.

"Saya turut membincangkan mengenai ketelusan yang pada asasnya telah dipersetujui secara prinsipal iaitu teks rundingan tidak boleh dikongsi dengan pemegang kepentingan memandangkan rundingan masih berjalan, sebagai kaedah lain untuk meningkatkan ketelusan yang boleh diteroka," katanya.

Selepas pusingan ke-19 di Brunei, Mustapa berkata kementerian itu bersama pelbagai pihak berkepentingan, bukan sahaja akan menyediakan hala tujuan masa depan, malah berkongsi kedudukan Malaysia dalam isu-isu yang sedang dibincangkan dengan kaukus parlimen, masyarakat madani dan kumpulan lain yang berkepentingan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan