Kerajaan Sasar Penubuhan Unit Integriti di Enam Kementerian Setiap Tahun - Paul Low

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan untuk menubuhkan Unit Integriti (IU) di sekurang-kurangnya enam kementerian setiap tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan.

Beliau berkata buat permulaan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kerja Raya akan menubuhkan unit itu untuk memberikan tumpuan sewajarnya terhadap soal integriti.

Bulan lepas, Menteri itu berkata unit itu bertujuan memastikan kakitangan awam berjiwa patriotik, mempunyai etika kerja baik dan nilai moral tinggi, mendukung etika organisasi di samping untuk mencegah salah laku jenayah dan tidak berdisiplin di kalangan penjawat awam.

"Sebab kenapa kami melakukannya langkah demi langkah (penubuhan unit integriti) adalah kerana kami melakukannya secara menyeluruh. Bukan hanya beberapa aspek sahaja. Ia menyeluruh. "Dan kemungkinan besar pada masa akan datang kami akan cuba melakukannya mungkin dengan Kementerian Kesihatan dan menteri sendiri akan terlibat," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat. Terdahulu, beliau melancarkan kiosk Biro Pengaduan Awam (BPA) di sini. Turut hadir Ketua Pengarah PBA Datin Mahani Tan Abdullah.

Katanya IU akan diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Integriti daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia manakala penolongnya adalah daripada kementerian-kementerian.

Setakat ini hampir 500 Pegawai Integriti telah dilatih untuk membantu setiap kementerian melaksanakan langkah pencegahan rasuah dan urus tadbir baik, katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan sedang mengkaji untuk menyediakan garis panduan harga bagi perolehan kerajaan bagi barangan awam kerana Jabatan Audit Negara melaporkan sesetengah harga adalah terlalu tinggi.

Katanya satu daripada inisiatif kerajaan ialah menjadikan pemerolehan lebih terbuka dan telus.

"Jika terdapat rundingan tertutup dan tender tertutup, kriterianya mesti benar-benar jelas. Jadi kita sedang meneliti mengikut setiap kementerian untuk memastikan pemerolehan lebih telus dan kami mahu mencegah sebarang percanggahan kepentingan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan