Idris Kesal Tindakan Hasut Peminjam Elak Bayar Hutang PTPTN

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh (dua, kiri) bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh, Muhammad pehimi Yusoff (kiri) melihat buah durian yang dipertandingkan dalam hasil pertanian oleh petani anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tok Motong, Jerteh di Besut pada Jumaat. -Foto BERNAMA
Anggota Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh (dua, kiri) bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh, Muhammad pehimi Yusoff (kiri) melihat buah durian yang dipertandingkan dalam hasil pertanian oleh petani anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tok Motong, Jerteh di Besut pada Jumaat. -Foto BERNAMA

BESUT: Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh kesal dengan tindakan pihak tertentu yang ghairah menghasut peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tidak membayar pinjaman hingga menyebabkan hutang tertangguh sekian lama.

Beliau berkata hasutan tersebut secara jelas tidak Islamik kerana mempengaruhi orang lain tidak membayar hutang sedangkan Islam jelas menyatakan hutang perlu dibayar.

Menasihatkan peminjam supaya tidak terpengaruh dengan hasutan itu, beliau berkata membayar hutang satu kewajiban bukan sahaja menurut agama malah bagi memastikan generasi seterusnya dapat pembiayaan pelajaran.

"Setakat ini terdapat kira-kira 400,000 atau merupakan 34 peratus peminjam PTPTN yang didapati cuba mengelak untuk membuat bayaran balik kerana termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab itu," katanya ketika merasmikan balai raya dan pertandingan hasil pertanian di kampong Tok Motong dekat sini, Jumaat.

Katanya kumpulan peminjam berkenaan tidak memberi maklum balas atau kerjasama apabila dihubungi sedangkan mereka boleh berbincang dengan pihak PTPT Nsekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.

"Paling penting tidak ada yang teraniaya dan peminjam perlu tampil berunding bagi membolehkan mereka dipertimbangkan membayar balik pinjaman mengikut kemampuan," katanya.

Katanya bagi mengatasi masalah itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rabu depan di Kuala Lumpur untuk mendengar sebarang pandangan.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata beliau akan berlepas ke Kaherah, Mesir esok untuk bertemu dengan Menteri Pelajaran Mesir bagi membincangkan beberapa perkara mengenai pembelajaran pelajar Malaysia di negara itu termasuk jadual peperiksaan berikutan konflik politik yang melanda negara itu ketika ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan