409 Rakyat Malaysia Tiba Dari Mesir Pagi Jumaat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ops Piramid 2 menyaksikan 409 lagi rakyat Malaysia di Mesir selamat tiba di tanah air, menerusi tiga penerbangan yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Jumaat.

Mereka yang kebanyakannya pelajar dan anggota keluarga masing-masing, tiba menerusi pesawat khas AirAsia X yang membawa 364 orang pada 7.45 pagi dan baki 45 lagi menerusi dua penerbangan Singapore Airlines pada 8.05 dan 9.30 pagi.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan rakan sejawatan daripada Kementerian Pendidikan P. Kamalanathan. Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kedua Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudian, Hamzah menafikan dakwaan ada pelajar Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir kerana terbabit dalam konflik di negara berkenaan.

Katanya, sehingga kini kerajaan Malaysia tidak menerima sebarang laporan mengenai pelajar negara ini ditangkap kerana terbabit dengan kumpulan berkonflik di sana.

"Kita sudah menasihatkan rakyat Malaysia, sama ada mereka pelajar atau orang biasa yang tinggal di Mesir untuk tidak campur tangan dalam konflik yang ada di sana. Kalau ada, mereka ditangkap atau berlaku apa-apa, kita tidak bertanggungjawab," tegasnya.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa proses membawa balik rakyat Malaysia itu bertujuan memberi tekanan kepada pemerintah Mesir.

"Kita ambil langkah ini kerana bertanggungjawab atas keselamatan rakyat. Kita tak campur tangan," katanya menambah Malaysia hanya berharap krisis di negara berkenaan dapat ditamatkan secara rundingan.

Mengenai Ops Piramid 2, Hamzah berkata, Wisma Putra berharap operasi dapat ditamatkan mengikut jadual pada 27 Ogos ini.

"Rakyat Malaysia perlu faham, ini bukan satu perkara mudah. Kita melalui pelbagai halangan (untuk membawa mereka pulang)," katanya yang turut menasihati rakyat Malaysia enggan pulang agar mematuhi arahan Wisma Putra.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, kementeriannya menerusi Zaini, akan mengetuai delegasi ke Mesir pada Sabtu bagi mengadakan perbincangan dengan kementerian pengajian tinggi Mesir berhubung urusan pembelajaran penuntut Malaysia.

Selasa lepas, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir menggunakan pesawat komersial berikutan pergolakan di negara itu yang dilapor semakin tidak menentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilapor berkata, keselamatan pelajar Malaysia di Mesir menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dan urusan membawa mereka pulang tidak boleh dilengahkan kerana kemungkinan keadaan menjadi lebih serius. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan