Wanita Tahu Kematian Suami Melalui Syarikat Urus Jenazah

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita hanya mengetahui suaminya terbunuh dalam kemalangan bas di Genting Highlands pada Rabu melalui syarikat perkhidmatan pengurusan jenazah.

Lim Yee Ha, 64, berkata ini berikutan syarikat tersebut menghantar mayat mendiang suaminya, Choo Peng Kwan, 67, dari tempat kejadian ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Lim, beliau tidak mengetahui pemergian suaminya ke Genting Highlands kerana mendiang tidak memaklumkan mengenai tempat ditujunya apabila keluar rumah awal pagi Rabu.

"Beliau keluar rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, di sini, sekitar pukul 9 pagi dan tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik sebelum itu," katanya ketika ditemui di rumah mayat HKL.

"Saya mendapat tahu mengenai kematian suami saya menerusi syarikat khidmat mengurus jenazah yang menghantar mayat dari tempat kejadian ke HKL kira-kira pukul 12 tengah malam tadi," katanya dengan nada sedih dan pilu.

Sementara itu, Roslan Jantan, 54, pernah menasihatkan abangnya Rasib, 61, seorang pegawai keselamatan di sebuah hotel di Genting Highlands yang turut terkorban, supaya tidak menaiki bas sedemikian untuk berulang alik dari tempat kerja.

Ini memandangkan keadaan bas berkenaan dipercayai uzur dan kurang penyelengaraan, dakwa Roslan, seorang bekas pemandu bas di syarikat lain.

Bas awam tersebut menjalankan perkhidmatan berulang alik setiap hari ke pusat peranginan itu dari stesen bas Jalan Tun Razak di sini.

Kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas apabila bas yang dinaiki 53 penumpang itu terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari pusat peranginan itu ke ibu negara pada pukul 2.45 petang Rabu.

Seramai 16 penumpang cedera termasuk 14 dalam keadaan kritikal.

Daripada jumlah itu, lapan dimasukkan ke Hospital Selayang, lima di HKL, dua di Hospital Sungai Buloh dan seorang di Hospital Bentong. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan