Shafie Yakin Ahli Umno Matang & Bijak Pilih Pemimpin

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shafie Apdal
Shafie Apdal

BANGI: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin semua anggota parti matang dan bijak untuk memilih pemimpin yang boleh dijadikan tempat bergantung dan memperjuangkan parti.

Katanya beliau juga tidak gentar dengan saingan daripada anggota parti yang berhasrat bertanding jawatan naib presiden yang akan dipertahankannya pada pemilihan parti Oktober ini.

"Dalam sejarah kita...dahulunya pun tiga hingga empat orang bertanding dalam satu jawatan. Saya penuh yakin anggota-anggota Umno cukup matang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Merdeka Raya dan Kibar Jalur Gemilang peringkat luar bandar di sini, Khamis.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau juga tidak boleh memaksa anggota parti memilihnya.

"Kalau mereka menerima alhamdulillah. Kita tidak boleh paksa orang terima kita. Dalam perjuangan ini, jangan kita kecewa, jangan kita takut, jangan kita bimbang.

"Asalkan kita dapat menegakkan perjuangkan bangsa kita, parti kita, saya yakin itu menjadi ikatan kepada kita," katanya.

Selain Mohd Shafie, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berhasrat mempertahankan jawatan naib presiden parti manakala bekas naib presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pula mengesahkan untuk bertanding merebut jawatan yang sama.

Dalam pada itu, Mohd Shafie menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum supaya sentiasa menyuburkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara dalam diri masing-masing.

"Ini perkara yang harus diterapkan dari masa ke semasa walaupun negara kita telah mencecah usia 56 tahun. Saya yakin usaha seumpama ini perlu diteruskan bukan hanya di peringkat kampung-kampung malah anak-anak di peringkat sekolah," katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie melepaskan 10 kereta rasmi agensi-agensi di bawah kementerian itu yang dihiasi Jalur Gemilang, untuk pulang ke pejabat di negeri masing-masing sebagai simbolik bermulanya kempen itu dari hari ini sehingga 31 Ogos. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan