Rasuah: JKMR Cadang Penambahbaikan Undang-Undang

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menyarankan agar penambahbaikan undang-undang dilakukan agar syarikat tempatan dan luar negara tidak terlepas daripada dakwaan jenayah rasuah yang dilakukan kakitangan mereka.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata penambahbaikan itu disifatkan penting kerana terdapat kakitangan yang terlibat dalam kes rasuah demi manfaat syarikat mereka.

"Bagi menjadikan sesuatu syarikat itu lebih bertanggungjawab, undang-undang itu dikenali sebagai 'liabiliti korporat' yang mana penting untuk membasmi amalan rasuah secara menyeluruh di negara ini. "Ini kerana ketiadaan undang-undang khusus berhubung liabiliti korporat boleh menyebabkan syarikat terlepas daripada pendakwaan dan hukuman, walaupun rasuah yang dilakukan oleh kakitangan mereka adalah demi manfaat syarikat," katanya ketika berucap menutup program Pengurusan Risiko Rasuah (PPR) bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini Khamis.

Beliau berkata liabiliti korporat perlu diperluas kepada sektor swasta agar syarikat perniagaan akan lebih peka terhadap keperluan bagi memastikan entiti perniagaan bebas rasuah.

"Dengan adanya perundangan yang dicadangkan, syarikat perniagaan diharap akan lebih peka terhadap keperluan bagi memastikan entiti perniagaan mereka tidak terdedah kepada risiko pendakwaan dan hukuman," katanya.

Abu Kassim berkata setiap pekerja atau individu juga wajib melaporkan transaksi serta amalan rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa kepada SPRM agar tindakan selanjutnya boleh diambil.

Dalam pada itu, beliau berkata PPR merupakan satu kaedah bagi membantu organisasi seperti CIDB mempertingkatkan lagi kawal selia ke atas pelaksanaan sesuatu aktiviti utama yang berisiko bagi menghindarkan jenayah rasuah. "PRR adalah satu kaedah yang boleh meminimum atau menghapuskan sama sekali risiko dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti ke arah pencapaian output pada tahap maksimum bagi mempertingkatkan lagi integriti, ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam pengurusan.

"Bengkel ini merupakan sebuah program bagi mengesan kelemahan yang wujud dalam sesuatu organisasi serta mengenal pasti risiko penipuan, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan tadbir urus yang telah atau mungkin berlaku," katanya.

Beliau juga berkata SPRM sedia membantu mana-mana badan berkanun dan korporat, agensi, institusi, syarikat dan sebagainya dalam isu tadbir urus yang baik melalui pelbagai siri latihan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan