Pemilihan Semula CEC DAP Akan Diadakan Pada 29 September

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan pada 29 September ini dan 17 perwakilan yang dipecat juga boleh mengambil bahagian sekiranya mereka mahu berbuat demikian, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata senarai calon untuk pemilihan semula akan menggunakan senarai yang sama digunakan pada Kongres Nasional 2012, Disember lalu.

"Ini kerana tidak ada kontroversi berhubung senarai nama calon dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) hanya mengarahkan pemilihan semula CEC diadakan," katanya.

Beliau berkata mesyuarat CEC pada Khamis telah memutuskan tempat pemilihan semula akan ditetapkan kemudian.

Lim berkata jawatankuasa perhubungan parlimen AGM parti dan konvensyen biasa akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh CEC baru nanti.

Beliau berkata parti akan melantik firma perakaunan antarabangsa untuk memantau proses pengiraan undi, sementara Setiausaha Organisi Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook dan strategis pilihan raya, Dr Ong Kian Ming masing-masing akan bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan dan pegawai pengurus.

Pada 30 Julai lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC parti kerana beliau tidak berpuas hati dengan 'kesilapan teknikal' yang berlaku dalam pemilihan DAP pada Disember lalu.

Kontroversi mula timbul apabila pengiraan semula yang mendedahkan bahawa Setiausaha Politik, Lim, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi, meraih 803 undi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan