Pelajar Tajaan Mara Yang Masih Bercuti Tidak Akan Dihantar Pulang Ke Mesir

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Lebih 1,000 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menuntut di Mesir tetapi sedang bercuti di Malaysia tidak akan dihantar pulang ke negara itu atas faktor keselamatan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini kerana ketika ini keselamatan lebih penting berbanding meneruskan pengajian di negara bergolak itu.

"Kena ada tempat lain yang kita boleh tempatkan mereka. Saya sudah minta Ketua Pengarah MARA pastikan penempatan pelajar-pelajar ini. "Macam semalam kita bangkitkan di Kabinet. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sarankan cari di tempat lain misalnya di Rusia, India dan mana-mana tempat bersesuaian untuk mereka melanjutkan pelajaran kerana keadaan di situ membimbangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Merdeka Raya dan Kibar Jalur Gemilang peringkat luar bandar di sini, Khamis.

Sementara itu seramai 192 pelajar tajaan MARA yang masih berada di Mesir turut terlibat dalam Ops Piramid 2 untuk membawa mereka pulang ke tanah air.

Shafie berkata beberapa pegawai MARA telah berlepas ke Mesir semalam untuk menguruskan kepulangan para pelajar.

Seramai 420 penuntut Malaysia di Mesir akan dibawa pulang secara berperingkat melalui empat penerbangan komersil dalam Ops Piramid 2 hari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan