PBB Berada Dalam Kedudukan Baik, Taib

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang tidak menjangkakan berlaku perubahan besar pada kepimpinannya dalam pemilihan parti itu Oktober ini, sedang berada dalam kedudukan baik, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib, yang juga presiden PBB, berkata beliau boleh mengharapkan sebuah parti kukuh yang bersedia untuk masa depan menjelang konvensyen PBB yang dijadual dari 18 hingga 20 Oktober.

"Perubahan besar tidak akan berlaku. Tunggu dan lihat sajalah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat sumber dan maklumat perkhidmatan awam Sarawak di sini, Khamis.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, parti tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak itu memenangi kesemua 14 kerusi parlimen yang ditandinginya daripada 25 kerusi yang dimenangi BN.

Parti itu turut menang kesemua 35 kerusi dewan undangan negeri yang ditandinginya daripada 55 kerusi BN dalam pilihan raya negeri 2011.

Status quo semasa di peringkat tertinggi dijangka dikekalkan dan dilihat sejajar dengan tradisi parti untuk mengelak sebarang perebutan kuasa yang akan melemahkan kekuatan serta prestasi parti.

Semua cawangan parti itu di seluruh Sarawak kini mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing yang akan selesai sebelum 31 Ogos.

Pada masa ini, 71 cawangan PBB mempunyai sejumlah 270,212 anggota manakala sayap Kaum Bapa 1,418 anggota, wanita (1,058) dan pemuda (930). -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan