Operasi Keluarkan Bangkai Bas Nahas Ditangguh Ke Esok

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMALANGAN BAS...Siasatan mengenai kemalangan bas yang mengorbankan 37 nyawa di KM3.5 Jalan Genting Highlands akan meliputi pelbagai sudut, menurut polis. Kelihatan anggota keselamatan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan PUSPAKOM meneliti sisa-sisa bas yang terbabit dalam kemalangan tersebut di Genting Highlands pada Khamis. - Foto BERNAMA
KEMALANGAN BAS...Siasatan mengenai kemalangan bas yang mengorbankan 37 nyawa di KM3.5 Jalan Genting Highlands akan meliputi pelbagai sudut, menurut polis. Kelihatan anggota keselamatan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan PUSPAKOM meneliti sisa-sisa bas yang terbabit dalam kemalangan tersebut di Genting Highlands pada Khamis. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Operasi mengeluarkan bangkai bas yang terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands semalam, akan disambung esok, kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor.

Ini berikutan dua kren berat yang dibawa dari ibu negara untuk menarik keluar bangkai bas itu hanya akan tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8 malam ini. "Pergerakan kedua-dua kren ini sangat perlahan iaitu lebih kurang 5km sejam, dalam keadaan mendaki bukit. "Walaupun kren itu sampai malam ini, operasi menaikkan bangkai bas hanya akan disambung esok pagi disebabkan faktor keselamatan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Kerja untuk membawa keluar bas berkenaan dari gaung itu hari ini telah dihentikan kira-kira pukul 2.30 petang. Pada masa ini, sebuah kren berat telah sedia ada di lokasi nahas tetapi tidak mencukupi untuk menjalankan kerja mengeluarkan bangkai bas itu yang terhumban kira-kira 60 meter ke dalam gaung.

Kejadian di KM3.5 Jalan Genting Highlands petang semalam mengorbankan 37 orang termasuk pemandu bas dan mengakibatkan 16 yang lain cedera, sekaligus menjadikannya nahas bas terburuk di negara ini.

Sementara itu, usaha mengenal pasti punca nahas ngeri yang berlaku berhampiran pusat peranginan puncak bukit itu turut dilakukan menggunakan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) milik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Pesawat itu diterbangkan buat pertama kali pada pukul 9 pagi selama lebih kurang 15 minit dari puncak Genting Highlands ke lokasi kemalangan sejauh kira-kira 3.4km, dan kali kedua pada pukul 10.15 pagi.

Jurupandu UAV Fhirdaus Shamsuddin berkata sistem pesawat buatan Jerman itu, yang dibeli kira-kira dua tahun lepas, merupakan satu daripada dua model UAV berbentuk quadcopter yang dilengkapi sistem kamera digital dan satelit penentu arah (GPS).

"Menerusi penerbangan yang dilakukan hari ini, kami berjaya mengambil gambar-gambar yang melibatkan lokasi nahas dan kedudukan bas malang itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi nahas.

Fhirdaus, 26, membuat penerbangan dari unit kawalan mobil yang merupakan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan pelbagai sistem sokongan serta paparan kristal cecair (LCD), yang memaparkan imej dari kamera jenis GoPro yang dilengkapi pada pesawat UAV itu.

Menurutnya Miros sudah menggunakan sistem UAV tersebut di 15 lokasi kemalangan tetapi tragedi bas semalam merupakan nahas paling besar yang menggunakan khidmat pesawat itu untuk menyiasat punca kejadian. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan