Malaysia Sedia Terus Jadi Orang Tengah Proses Damai Di Selatan Thailand - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra di pejabat Perdana Menteri Thailand itu di Bangkok pada Khamis. Muhyiddin berada di Bangkok untuk lawatan rasmi ke Thailand selama dua hari bermula pada Khamis. -Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra di pejabat Perdana Menteri Thailand itu di Bangkok pada Khamis. Muhyiddin berada di Bangkok untuk lawatan rasmi ke Thailand selama dua hari bermula pada Khamis. -Foto BERNAMA

BANGKOK: Malaysia menyatakan kesediaan untuk terus menjadi orang tengah dalam proses rundingan damai bagi selatan Thailand.

"Sama ada Malaysia terus menjadi pemudahcara (fasilitator) atau ditukar kepada mediator adalah terserah kepada pihak kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional," kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang tiba di sini Rabu untuk lawatan rasmi dua hari bermula hari ini berkata demikian pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia selepas mengunjungi Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra di sini, Khamis.

Katanya pada pertemuan itu, beliau telah menyatakan rasa bangga dengan keberanian Yingluck untuk memulakan proses perdamaian di selatan negara itu.

Beliau berkata pihak kerajaan Thailand telah bersikap lebih terbuka dan positif serta menghargai usaha Malaysia serta mahu inisiatif perdamaian tersebut diteruskan. Timbalan Perdana Menteri berkata sudah empat kali mesyuarat diadakan antara kedua-dua pihak dengan Malaysia menjadi orang tengah.

Beliau berkata hubungan Malaysia dan Thailand adalah begitu baik dan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan melakukan lawatan rasmi ke Thailand tidak lama lagi, sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat selatan Thailand.

Semasa perjumpaan hari ini, Muhyiddin berkata Yingluck turut mengenengahkan masalah rakyat Malaysia dan Thailand yang mempunyai kerakyatan bagi kedua-dua negara.

Beliau berkata satu mesyuarat untuk membincangkan dan memikirkan cara terbaik untuk mengatasi masalah itu akan diadakan September ini dan menurutnya beliau juga menjemput pihak Thailand datang ke Johor Baharu untuk melihat sistem biometrik yang digunakan Malaysia bagi mengesan status kerakyatan.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri Thailand itu juga menyarankan supaya rakyat Thailand yang bekerja di restoran-restoran tom yam secara tidak sah di Malaysia, terutama di negeri-negeri di sempadan kedua-dua negara, supaya dibenarkan terus bekerja dengan diberikan visa dan permit.

Beliau berkata perkara itu perlu dikaji kerana setakat ini Malaysia hanya membenarkan warga asing untuk menjadi tukang masak sahaja tetapi tidak sebagai pembantu restoran. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan