Lapan Mangsa Di Hospital Selayang Stabil

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua lapan mangsa di Hospital Selayang yang cedera parah dalam kemalangan maut yang mengorbankan 37 nyawa di Genting Highlands kini dilaporkan stabil.

Pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh berkata kesemua mereka akan menjalani pembedahan bermula malam ini dan mungkin mengambil masa selama seminggu untuk menyelesaikan semua pembedahan.

"Tiga orang berada dalam keadaan kritikal manakala lima lagi semi kritikal namun kesemuanya kini stabil...semuanya sedang dalam proses untuk dimasukkan ke wad masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang di sini Rabu malam.

Beliau berkata seorang daripada mangsa ialah Rashidah Buyah, 50, pelancong dari Bangladesh dan dua anaknya Raawnok Arefin, 14, dan Rezyan Arefin, 24.

"Mangsa empat beranak namun seorang lagi anaknya dihantar ke hospital lain dan mangsa juga telah memaklumkan kejadian tersebut kepada seorang lagi anaknya di Kanada.

"Manakala mangsa yang lain juga telah dikenal pasti oleh keluarga masing-masing," katanya.

Seramai lapan mangsa dimasukkan ke Hospital Selayang iaitu tiga warga tempatan, dua Indonesia dan tiga Bangladesh. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan