Isu PTPTN: Khairy Perlu Perjelas Cadangan Tangguh Atau Batal - Rafizi

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin diminta membuat penjelasan mengenai kenyataan di twitter milik beliau pada Rabu berkaitan dengan cadangan untuk menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, kerajaan sebenarnya tidak menolak cadangan itu sebaliknya menangguhkannya berbanding kenyataan Khairy yang menggambarkan ia digugurkan sepenuhnya seolah-olah tidak diguna pakai, sehingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

"Sekarang ada percanggahan daripada tweet YB (Yang Berhomat) Khairy Jamaluddin buat seolah-olah dimaklumkan Kabinet telah menolak (cadangan) tetapi laporan yang dibuat kemudian di dalam media (arus) perdana menyebut menangguh dan mempertimbangkan pandangan.

“Jadi, seolah-olah itu tidak menolak (cadangan). Saya rasa adalah lebih baik kalau YB Khairy Jamaluddin memberi penerangan tentang percanggahan itu, yang mana satu... sama ada tolak betul-betul atau pun ditangguhkan dahulu supaya apabila isunya reda kemudian akan dilaksanakan balik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Khamis.

Cadangan untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam CCRIS yang dibuat oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh pada Isnin lalu yang menimbulkan banyak bantahan bagaimanapun ditangguhkan selepas perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno menerusi Twitter milik beliau pada Rabu berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian terlibat dalam membuat keputusan yang disifatkan sebagai 'mendengar suara orang muda'.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy di twitter beliau.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan