Dr Subramaniam Sahkan Tidak Rebut Jawatan Presiden MIC

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengesahkan tidak akan bertanding merebut jawatan presiden parti pada pemilihan MIC bulan depan dan menyifatkan keputusan itu sebagai persetujuan bersama dan bukannya kompromi. Beliau juga yakin tidak akan ada pertandingan untuk jawatan timbalan presiden yang disandangnya.

"Keputusan yang diambil adalah sesuatu yang dipersetujui bersama oleh semua pihak demi MIC maju ke hadapan dan keputusan ini bukanlah satu kompromi. "Kalau kompromi pasti ada yang menang dan ada yang mengalah, namun keputusan tidak ada pertandingan dipersetujui semua pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan pada sidang media di pejabat beliau pada Khamis.

Dr Subramaniam meminta semua anggota MIC supaya mengutamakan perpaduan parti dan semua ketua cawangan MIC memberi sokongan padu kepada Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

"Saya harap selepas ini semua pihak bersatu demi parti dan tidak wujud sikap berpuak-puak dalam kalangan anggota MIC," katanya.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa beliau akan bertanding merebut jawatan presiden MIC pada pemilihan September ini. "Mungkin para penyokong di peringkat akar umbi (yang mahu lihat ada pertandingan) untuk merebut jawatan presiden MIC...(ini) akan ambil masa untuk pulihkan perasaan masing-masing. Bagaimanapun saya meminta mereka yakin bahawa pemimpin yang ada akan bersikap adil kepada semua pihak," jelasnya.

Menyentuh pengumuman Palanivel hari ini yang mengesahkan beliau akan melepaskan jawatan sebagai presiden parti pada 2016, Dr Subramaniam menyifatkan pengumuman itu akan memberi peluang kepada pemimpin baharu membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Beliau turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Palanivel sehinggalah beliau melepaskan jawatan sebagai presiden parti. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan