Bas Terlibat Kemalangan Di Genting Highland Adalah Bas Awam

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota bomba dan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia menyusun mayat-mayat mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.-FotoBERNAMA
Anggota bomba dan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia menyusun mayat-mayat mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.-FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Resorts World Genting yang melahirkan rasa dukacita dengan tragedi nahas bas di kawasan Genting Highlands, menyatakan bas terbabit ialah bas awam yang berulang alik setiap hari ke Jalan Tun Razak di sini.

Menurut kenyataan syarikat itu pada Rabu malam, kemalangan bas itu berlaku kira-kira 3.5 kilometer dari puncak pusat peranginan itu.

Resorts World Genting juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan simpati kepada mangsa yang cedera dan menyatakan syarikat itu akan menghulurkan bantuan yang perlu.

Syarikat itu juga telah memberikan bantuan dengan menggerakkan 130 tenaga kerja termasuk doktor serta ambulans dan peralatan seperti kren dan makanan di tempat kejadian untuk membantu polis dari Bentong dan agensi penyelamat yang lain.

Menurut kenyataan itu, berikutan kemalangan itu, jalan turun dari Tokong Chin Swee Temple di Km2 hingga Km4.3 ditutup sementara kepada trafik.

Bagaimanapun, jalan utama menuju ke puncak pusat peranginan itu kekal dibuka dan trafik yang turun untuk ke Kuala Lumpur buat sementara dilencongkan di Tokong Chin Swee Temple.

Kemalangan di Km3.5 Jalan Genting Highlands itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas apabila bas yang dinaiki 53 penumpang itu terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke ibu negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan