Bas Jatuh Gaung: Ahli Keluarga Tuntut Mayat

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga mangsa nahas bas yang terhumban dalam gaung di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur dilihat memasuki bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Khamis untuk membuat pengecaman dan menuntut mayat.

Keluarga kepada pemandu bas, Lim Kok Hoe, 44, yang meninggal dalam insiden itu antara yang pertama tiba untuk melakukan pengecaman mayat.

Anak lelaki pemandu bas terbabit, Lim Dei Shen, 20, yang bertolak dari Kulai bersama dengan neneknya untuk mengecam mayat bapanya pada pagi Khamis.

Selain itu, beberapa ahli keluarga mangsa lain dilihat menangis dan berpelukan antara satu sama lain sementara menunggu giliran untuk memasuki bilik mayat.

Sementara itu, dalam satu sidang media, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S.Jeyaindran berkata Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah melakukan bedah siasat ke atas 30 daripada 37 mayat nahas bas terbabit dan dijangka akan menyelesaikan baki yang lain pada tengah hari.

Daripada 37 yang maut itu, 22 terdiri daripada lelaki dan lapan lagi wanita.

17 mayat telah dikenalpasti dengan tiga daripada adalah warga asing (seorang Bangladesh, seorang Nepal dan seorang Korea).

Daripada 14 warga tempatan yang telah dikenalpasti, dua daripada adalah Melayu, 11 Cina dan seorang Punjabi.

Dr Jeyaindran berkata enam keluarga, kesemuanya warga Malaysia telah menuntut mayat ahli keluarga mereka.

Beliau menasihatkan waris untuk hadir ke HKL dan membawa dokumen peribadi untuk menuntut mayat.

"Kesemua yang ditemui selamat selepas dikeluarkan dari bas tersebut berada dalam keadaan stabil.

"Tiada lagi kematian dilaporkan sehingga kini," katanya.

Daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas itu, enam dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala 10 lagi stabil.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan