23 Pelajar Melaka di Mesir Pulang Esok

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seramai 23 daripada 43 pelajar tajaan kerajaan negeri Melaka di Mesir dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok, kata Ketua Menteri Datuk Idris Haron.

Beliau berkata kumpulan pertama pelajar berkenaan akan menaiki pesawat pada pukul 6 petang ini waktu Malaysia dan dijangka tiba di tanah air pagi esok.

Proses penghantaran pulang kesemua pelajar berkenaan secara berperingkat itu dilselaraskan oleh pegawai hal ehwal pelajar Melaka di negara itu, katanya pada sidang media di pejabatnya di Seri Negeri di sini, Khamis.

Idris berkata kerajaan negeri akan menyediakan pengangkutan kepada pelajar terbabit dari KLIA ke Melaka dan ibu bapa pelajar berkenaan akan dimaklumkan mengenai masa dan lokasi bagi menjemput anak masing-masing setelah mereka tiba di sini.

Sementara itu, Idris berkata kerajaan negeri membuka bilik gerakan di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) esok bagi menyelaras dan memantau situasi keselamatan di Mesir.

Beliau berkata orang ramai atau ibu bapa pelajar boleh menghubungi bilik gerakan yang beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam di talian 06-2810027 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan.

Dalam pada itu, beliau tidak menggalakkan sebarang penghantaran pelajar baharu ke Mesir sehingga keadaan di negara bergolak itu kembali stabil dan mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini jika masih terdapat individu atau kumpulan yang melanggar arahan ini," katanya.

Katanya kerajaan negeri juga mengingatkan pelajar agar tidak mencampuri urusan politik di Mesir sama ada melalui pertuturan, perhimpunan atau penggunaan teknologi maya.

Di KUALA TERENGGANU, Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Ghazali Taib berkata kesemua 268 pelajar tajaan kerajaan negeri di Mesir berada dalam keadaan selamat.

Katanya pihaknya akan membawa pulang semua pelajar berkenaan sekiranya krisis di negara itu semakin meruncing.

"Bagaimanapun, kita akan menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Wisma Putra sebelum mengambil tindakan susulan membawa pulang pelajar," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Menara Yayasan Islam Terengganu di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan