Speaker DUN Tolak Permintaan Adun PR

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Johor berharap prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dapat dilayari secara langsung melalui Internet.

Tetapi, selepas Adun Mengkibol, Tan Hong Ping (DAP) memasang peranti di dalam bilik media bangunan DUN untuk memaparkan 'live streaming', seorang pegawai DUN memberitahu beliau supaya peranti dikeluarkan.

"Sebelum ini kami telah membuat permintaan secara lisan kepada Speaker untuk menyediakan prosiding secara langsung pada 14 Ogos.

"Bagaimanapun, beliau enggan bersetuju tanpa memberikan penjelasan yang jelas," kata Tan ketika ditemui di luar bilik media, Selasa.

Katanya, beliau kesal apabila 'live streaming' tidak dibenarkan kerana ia bertujuan untuk membolehkan orang ramai menilai sendiri isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat.

"Kami telah cuba menyediakan maklumat secara langsung pada Isnin, tetapi gagal kerana internet yang lemah," katanya.

Tan berkata maklumat secara langsung sepatutnya disiarkan di stesen TV pembangkang, UbahTV dan di laman web Pemuda DAP Johor.

"Kami akan mengemukakan permintaan bertulis untuk meminta kebenaran bagi menjalankan penyiaran secara langsung dari Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi," katanya.

Pegawai-pegawai dari Dewan Undangan Negeri juga dilihat memasuki bilik media untuk memeriksa jika terdapat sebarang peranti elektronik telah disambungkan ke wayar yang menyalurkan maklumat secara langsung ke dalam bilik.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan