SKMM Akan Siasat Laporan Dua Laman Facebook Jual Senjata Api

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan bahawa wujud dua laman Facebook yang dilapor menjual senjata api secara online di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata pihaknya memandang serius laporan tersebut, memandangkan kes itu juga mungkin membabitkan kesalahan di bawah Akta Senjata Api.

"(SKMM) akan menyiasat lebih lanjut mengenainya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika benar ada pelanggaran undang-undang, SKMM akan membuat tindakan susulan termasuk mengemukakan kertas pendakwaan kepada Pejabat Pendakwaraya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini. Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam, mengenai dua laman Facebook yang didakwa menawarkan pelbagai senjata api antaranya pistol, revolver dan refal AK-47, E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood).

Sementara itu, Kamaruddin berkata KKMM menerima maklum balas positif daripada para pemilik pawagam berikutan cadangan lagu Negaraku dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.

"Beberapa pemilik pawagam, antaranya Golden Screen Cinemas (GSC) telah menyatakan kesediaan untuk memainkan lagu kebangsaan.

"Pemilik pawagan menyatakan mereka tidak mempunyai halangan untuk melaksanakan (memainkan) lagu kebangsaan itu, tambahan pula lagu Negaraku hanya mengambil masa tiga hingga empat minit sahaja," katanya.

Menurutnya selain lagu Negaraku, kementerian turut bercadang untuk menyediakan klip video pendek berdurasi kira-kira dua minit menceritakan pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan tanah air.

Pada 16 Ogos lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan supaya lagu Negaraku dimainkan di pawagam di seluruh negara, sama ada dua atau tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos atau diteruskan hingga Hari Malaysia pada 16 September. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan