Ramai Dijangka Berminat Tanding Naib Presiden - Nur Jazlan

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun tidak akan ada persaingan bagi dua jawatan tertinggi dalam pemilihan Umno akan datang, tiga jawatan naib presiden akan dipertandingkan dengan penuh minat, kata Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan.

Ahli Parlimen Pulai berkata persaingan untuk tiga jawatan naib presiden adalah daripada mereka adalah yang mempunyai kedudukan untuk mengambil alih pucuk pimpinan pada masa hadapan.

"Saya percaya akan ada perebutan bagi jawatan-jawatan ini," katanya.

Naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal telah mengumumkan hasrat mereka untuk mempertahankan jawatan masing-masing.

Bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad, pada Selasa mengumumkan hasratnya untuk mencabar jawatan tersebut.

Mengikut spekulasi, nama-nama lain yang akan bersaing termasuklah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Nur Jazlan juga percaya ramai ahli akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi termasuk dirinya sendiri.

"Saya tidak menjangka sesiapa akan bertanding untuk dua tempat teratas. Oleh itu, pilihan raya menjadi senyap. Jika terdapat satu pertandingan bagi kedua-dua jawatan tertinggi, parti akan terbahagi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan