Langat 2: Selangor Tunggu Tarikh Mesyuarat Pertama Dengan KeTTHA

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hanya menunggu tarikh mesyuarat pertama bagi menyelesaikan isu pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dengan kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata isu tersebut dijangka dapat diselesaikan menjelang September depan ekoran maklum balas positif yang diterima daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

"Saya telah mengambil insiatif untuk mengadakan mesyuarat berkenaan.

"Saya juga telah menyerahkan dua pucuk surat. Kini terserah kepada pihak kerajaan Persekutuan melalui KeTTHA untuk menetukan bila tarikh mesyuarat pertama akan diadakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu.

Mengulas lanjut Abdul Khalid berkata beliau juga telah menghantar pegawainya untuk bertemu dengan pegawai kementerian untuk menetapkan terma dan syarat mengenai perbincangan yang akan diadakan kelak.

Pada Selasa, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilaporkan berkata masalah pembekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.

Bagaimanapun beliau dipetik sebagai berkata isu itu dapat menemui jalan penyelesaian dalam masa terdekat sekiranya kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor mencapai persetujuan dalam pelbagai perkara dan saling bertolak ansur.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan juga menerima cadangan terperinci daripada kerajaan Selangor berhubung proses penstrukturan semula industri pembekalan air di Selangor, sejak enam minggu lepas.

Ongkili berkata rundingan seterusnya bersama kerajaan negeri Selangor akan dilaksanakan selepas itu.

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata pihaknya telah menerima surat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertarikh 19 Jun lepas menyatakan beliau sangat terbuka dan bersedia berbincang bagi menyelesaikan penstrukturan semula bekalan air seperti dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan