Isu Bekalan Air Dijangka Selesai Tiga Bulan - Ongkili

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Masalah pembekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Bagaimanapun katanya isu itu dapat menemui jalan penyelesaian dalam masa terdekat sekiranya kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor mencapai persetujuan dalam pelbagai perkara dan saling bertolak ansur.

"Memang kita semua ingin selesaikan dalam masa terdekat, tidak melebihi tiga bulan. Kerajaan pusat sebelum ini telah mengemukakan cadangan-cadangan bagaimana untuk selesaikan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog bersama pihak industri berkaitan kementerian berkenaan di sini, Selasa.

Ongkili berkata kerajaan juga menerima cadangan terperinci daripada kerajaan Selangor berhubung proses penstrukturan semula industri pembekalan air di Selangor, sejak enam minggu lepas.

"Kelmarin jawatankuasa kabinet telah bermesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan selepas ini akan dilapor kepada kabinet mengenai respons kita kepada cadangan-cadangan kerajaan Selangor," katanya.

Ongkili berkata rundingan seterusnya bersama kerajaan negeri Selangor akan dilaksanakan selepas itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah menerima surat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertarikh 19 Jun lepas menyatakan beliau sangat terbuka dan bersedia berbincang bagi menyelesaikan penstrukturan semula bekalan air seperti dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Ditanya langkah yang akan diambil sekiranya isu itu masih menemui jalan buntu, Ongkili berkata kerajaan Persekutuan mempunyai undang-undang yang boleh diambil demi menjamin bekalan air mencukupi dan selamat.

Bagaimanapun, katanya kerajaan seboleh-bolehnya ingin menyelesaikan isu berkenaan secara rundingan sebelum menggunakan pendekatan undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Ongkili berkata sehingga 30 Jun lepas, sebanyak 2,306 permohonan untuk penjanaan tenaga boleh diperbaharui telah diterima, sejak Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) ditubuhkan akhir tahun lepas.

Bagaimanapun, hanya 1,644 permohonan diluluskan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan